Wanita solehah idaman setiap lelaki soleh

Sunday, November 26, 2006Bisakah ku tempuh segalanya Ya Rabbi?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan namaMu Ya Allah aku memulakan bicara, mengungkap segala apa yang terbuku di dalam dada...

Assalamualaikum semua! Hee...minta maaf pada semua kerana ana dah lama tak update, alhamdulillah, pagi ni ana diberi peluang untuk sekali lagi meluah rasa berkongsi bicara dengan antum semua di luar sana!

Belum pun seminggu berlalu, tapi masyaAllah...ana betul2 rasa bagai dah lama sangat masa berlalu...selama seminggu ni, ana betul2 rindu akan segala-galanya, bayangkan..selama sebulan ana bertungkus lumus bermurajaah dan menduduki peperiksaan, dan kini ana tak perlu lagi memegang buku dan menjalani peperiksaan lagi..Allah, memang benar kata orang, kita akan merindui saat-saat yang sebegini, dan sesungguhnya ana rindu akan saat-saat itu...dan yang paling menyakitkan..ana dah merindui akan teman-teman serta sahabat-sahabat ana!!!

"Ya Allah..jadikan rinduku ini, keranaMu Ya Rabbi..."

Selama hampir seminggu ni...alhamdulillah ada juga aktiviti ana yang sedikit sebanyak mengurangkan kebosanan ana...Selama satu bulan akan datang ni, InsyaAllah ana perlu ulang-alik MWTI untuk menguruskan program-program yang bakal dijalankan nanti di Kem Furqan yang akan diadakan pada 27 & 28 Disember nanti...Banyak lagi kerja yang belum seleai, dan kita hanya ada lagi sebulan..MasyaAllah...

"Ya Allah...bantulah aku, sesungguhnya aku tak bisa menempuh segalanya tanpa bantuan dariMu..."

Ana perlu menyatakan ini sebenarnya...Buat teman-teman dan sahabat-sahabat ana di luar sana.... ANA RINDU KALIAN!!!!

" Biar kita terpisah dek benua, biar kita terpisah beribu batu jauhnya...tapi hakikatnya kita tetap ada di hati masing-masing..kerna hati-hati kita telah terikat oleh satu ikatan bernama persahabatan.."



بنت هارون || 11:08




Kerinduan ini
biar aku pendamkan
Menjadi satu azimat
Kesepian ini
biar aku telan
Buat pemangkin semangat
'Pantang Mujahidah
menyerah kalah'
Akan ku pertahankan ia
hingga ke hujungnya