Wanita solehah idaman setiap lelaki soleh

Wednesday, November 29, 2006Hanya cintaNya yang amat ku harapkan....

Bismillah....
Pembuka bicara,penghibur lara, penawar duka...

Di kala insan tersenyum gembira, ana di sini...termenung seketika, memikirkan satu arah tuju, satu penyelesaian pada setiap apa yang ana hadapi kini...Ya Allah, bantulah aku, aku tak berdaya tanpa bantuan dariMu...

" I know I should not be over-stressed, but how should I remain calm, when everything seems to be wrong?"

Ana selalu terfikir, terkenang, terdetik, tanpa pelbagai kejadian dalam hidup ini, pastinya kita tak akan dapat merasai pahit manis sesuatu perkara itu, dan pastinya kita tak akan menjadi lebih matang kan? Maha suci Allah...kerana menjadikan kehidupan manusia, penuh dengan warna-warni, pahit manis kejadian....Subhanallah...

Kini...ana harus mengakui, ana rindu akan semua teman-teman dan sahabat-sahabat ana...kekadang bila ana duduk sendirian, terbayang wajah mereka, terkenang saat bahagia bersama, menimba ilmu, bermujahadah, berjuang, dengan satu misi dan visi yang sama...tapi kini, semua dah pun membawa haluan masing-masing...ada yang dah dapat kerja, ada yang dah semangat nak masuk sekolah baru...ada yang..ada yang...Yang ana tahu, ana sentiasa cuba untuk tabahkan diriku...melihat satu persatu dari kalian, pergi jauh meninggalkan ana, membawa satu haluan...tapi apa pun..antum semua kena janji, ukuwwah kita akan tetap terpelihara k? Biar terpisah dek benua...biar beribu batu yang memisahkan kita, janji bahawa ikatan yang termetrai di hati-hati kita...akan terus berkekalan di hati..hingga ke helaan nafas yang terakhir...InsyaAllah :)

"Air mata yang mengalir...bukan satu air mata kepura-puraan"

Ana selalu tahu...ana sentiasa bersedia, untuk melihat teman-teman ana dan sahabat-sahabat ana tinggalkan ana...kita mampu mengukir seribu janji hari ini, tapi esok lusa tiada siapa tahu apa yang akan terjadi... Ana boleh kata ana kuat hari ini, ana masih lagi dengar kata-kata yang memberitahu ana bahawa ana tidak akn dilupakan..tapi esok, siapa tahu? kan?

"Ya Allah...kekalkanlah ingatanku pada teman-temanku serta sahabata-sahabatku Ya Rabbi...biar terpisah jasad dan nyawa, namun jadikanlah ingatan kami dan hati-hati kami terikat antara satu sama lain, Ya Allah..."


BuaTmu.....teman & sahabat

Sedang kau tersenyum gembira
Aku di sini kelu bicara
Ingatan meliar luar sana
terfikir,termenung
apa yang akan dijanjikan buat kita,di suatu masa?

Kita sering berkata
Ukhuwwah itu untuk selamanya
namun hati sering berbicara
menutur kata
mampukah segala janji yang termetrai
dilaksanakan, sesunggunnya?

Aku sering bersedia
meniti hari, melalui detik itu
tapi pada satu hakikat
jauh di sudut hatiku
aku tidak setabah dan setega itu - aku tahu

Andai hari itu aku lalui
Perlukah aku yang mencari kalian?
Perlukah aku yang memulakan langkah yang satu?
Perlukah aku Ya Rabbi?
Sedangkan pada waktu itu
mungkin tiada lagi namaku yang tercatit
di dalam kamus hatimu

Ya Allah
aku memohon darimu
dengan sepenuh hatiku
tabahkanlah hatiku Ya Rabii
ikatkanlah hati-hati kami dengan sebenar-sebenar ikatan
satukanlah hati-hati kami di bawah redhaMu
dan jadikanlah kami Ya Rabbi
hamba-hamba yang cinta mencintai keranaMu
yang rindu-merindui keranaMu
dan yang kasih mengasihi hanya keranaMu
Ya Rabbana....

DhiyaulHaq-Sinar kebenaran
29 November 2006



بنت هارون || 22:11




Kerinduan ini
biar aku pendamkan
Menjadi satu azimat
Kesepian ini
biar aku telan
Buat pemangkin semangat
'Pantang Mujahidah
menyerah kalah'
Akan ku pertahankan ia
hingga ke hujungnya