|
Bismillah... pembuka bicara, penghibur lara, penawar duka....
"Di hati ini, terselit kesayuan, terlintas kedukaan, terselit kerinduan.Ya Allah, bisakah ku tempuhi segalanya, dengan kudrahku yang tak seberapa?"
Subhanallah,lama betul ana tak update blog eh? hee..maaf dipinta dari semua, kerana ana tiada berkesempatan berkongsi bicara dengan antum semua :)
Sebelum ana meneruskan bicara...ana ada beberapa ucapan buat sahabat-sahabat serta teman-teman ana di luar sana...!
Buat Ayah,Ibu,Adik,Nenek,Along,Angah,Cik Mai & Mak Long...terima kasih semua kerana ingat akan tarikh lahir kakak! Kakak sayang semua...semua tahu kan? But ibu dan ayah, terima kasih sebab belanja kakak malam tu!
Buat Hafizah,Jamilah,Marizzah,Raihanah & Zarifah, syukran akhawat, kerana belanja ana Arnold's tempoh hari! Syukran jazilan akhawat!!! Sayang antunna semua...!
Buat sahabat sejati ana dunia akhirat, Nurul Huda, syukran ukht atas hadiah yang anti akan berikan, biarpun belum dipegang oleh tangan, tapi ana tetap dah tahu apa yang akan anti berikan kan? Syukran ukht..ana sayang ukht, kini dan selamanya!
Buat Siti Nur Atiqah...terima kasih atas hadiah yang anti berikan awal dahulu, juga kerana membelanja ana, juga atas ucapan anti di pagi hari! Ukhuwwah antara kita InsyaAllah akan berkekalan selamanya! :)
Buat sahabat ana, Siti Nurul Ain, syukran jazilan atas buku yang anti hadiahkan, sangat bermanfaat! juga kerana membelanja ana makan tempoh hari! sayang ukht!!!!
Buat Siti Nur Fazilah..syukran jazilan atas frame yang anti berikan..sweet sangat...ana suka banget...terima kasih ukht! :)
Untukmu sahabat, Muhammad Syafiq, terima kasih atas hadiah yang anta berikan! Cute..hehe...juga atas apa yang anta belanjakan untuk ana hari tu! syukran akh!
Buat teman yang lain...Amira,Amira Raihanah,Athifah,Atikah,Asilah, Farahin,Fazilah,Fatimah Zahra',Khairina,Nasyitah,Nurul,Rahmah,Rifdi,Shahidah,Ukht 'Aisyah,Ukht 'Atiqah, Ukht 'Alimah, Ukht 'Adillah, terima kasih atas ucapan yang antum berikan! Ana sayang semua!!!
Juga buat sesiapa yang ana tak sebutkan namanya...terima kasih semua!
Alhamdulillah, hari ini dah 13 hari ana berusia 16 tahun, syukur sangat pada Allah yang Maha Esa, atas kurnia yang diberikanNya...16 tahun telah berlalu, dan ana masih memikirkan...apakah selama 16 tahun ni dah cukup amalan ana? Dah bersediakah ana menempuh hari2 mendatang yang penuh mencabar... "Ya Allah bantulah aku..."
"Di hati ini...hanya Allah yang tahu, betapa aku merindukan masaku yang lalu..."
|