|
Dengan namaMu Ya Allah aku memulakan bicara, mengungkap segala apa yang terbuku di dalam dada...
21 Januari 2007- Tarikh yang ana rasa tidak mungkin ana lupakan. Tarikh di mana satu peristiwa yang ana tidak sangka ia akan berlaku pada ana. Namun mungkin, ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ana dipilih Allah untuk melalui peristiwa itu, supaya dapat berpesan-pesan sesama teman-teman serta sahabat-sahabat ana di luar sana.
Apa sebenarnya peristiwa itu eh? Apa yang sebanarnya berlaku ni Nadiah?
Dipendekkan ceritalah kan, semalam sebaik sahaja ana selesai mengajar di Sengkang, ana terus melangkah pergi menuju ke Compass Point, dengan membawa satu misi- mencari sepasang kasut buat ana, memandangkan kasut ana sekarang dah hampir menemui 'ajal'nya. Sebaik sahaja ana sampai, ana terus menuju ke Metro, lalu dirondanya sekeliling Metro untuk mencari kasut yang sesuai. Adalah nampak satu dua pasang yang memikat hati, tapi kerana tidak mahu terburu-buru, terus ana melangkah pergi dari Metro, dan cuba meronda di kedai yang berhampiran.
Selepas seketika, ana mengambil keputusan untuk kembali ke Metro dan cuba melihat sekali lagi. Tiba-tiba ana terpandangkan sepasang kasut hitam yang memikat hati ana, kerana coraknya yang simple serta harganya yang berpatutan. Tiba-tiba....Ana terpandangkan sesuatu yang memeranjatkan, yang buat ana menggigil seketika. Semua pasti tahu kan, andai sesuatu barang itu diperbuat dari kulit 'khinzir' pasti ada tanda-3 titik yang membentuk seperti segi tiga- kan? Itulah yang ana nampak pada sebelah dalam kasut yang ana pegang tu.
Terus ana rasa bersalah terama. Kerana keliru dan tidak tahu apa yang perlu ana buat, ana terus menghubungi ibu dan bertanyakan pada ibu. Ibu kata tiada apa-apa kerana tidak sengaja kan? Ana cuba yakinkan diri, tapi kerana masih lagi musykil, ana terus menelefon seorang sahabat-tapi telefon bimbitnya pula dimatikan. Terus ana menelefon Ukht Adilah, dan dia meyakinkan ana bahawa tiada apa-apa sebenarnya. Lalu setelah itu, ana terus menghalakan tujuan ke kedai Bata, lalu mencari kasut yang bersesuaian dan terus melangkah pergi.
Satu pengalaman yang pastinya ana tidak akan lupakan. Selama ni, ana tidak pernah, TIDAK PERNAH walau sekali mengalami kejadian sebegini. Tapi itulah...Allah sayangkan ana kan, tunjukkan ana dahulu, supaya ana lebih berhati-hati di masa akan datang
Buat teman-teman serta sahabat-sahabat ana di luar sana. INGATLAH SUPAYA SENTIASA BERHATI-HATI DALAM MEBELI BARANGAN YANG DIPERLUKAN TERUTAMA SEKALI KASUT DAN BEG. INGATLAH BAHAWA SEKARANG INI SEMAKIN BANYAK BARANGAN YANG DIPERBUAT DARI KULIT KHINZIR DAN ANJING. AWASLAH, WASPADALAH! SESUNGGUHNYA ANA TELAH LIHAT SENDIRI, DAN MENJADI SAKSI BETAPA BANYAKNYA KASUT-KASUT YANG DIJUAL HARI INI DIPERBUAT DARI KULIT KHNZIR INI.Moga cerita yang dikongsi bersama kalian, menjadi iktibar dan pengajaran. Allahumma Amiin :)
|