|
Bismillahirrahamanirrahim... Dengan namamMu Ya Allah aku memulakan bicara...mengungkap segala yang terbuku di dalam dada...
Fuhh...lama benar tak update...lamaaaaaaaa sngt kn? terserlah sungguh kemalasan teman kalian yang seorang ni... 'Afwan semua! sebenarnya ana betul-betul malas nak update blog ni, tak taulah kenapa, tapi KEMALASAN tu ketara sangat. Hehe =) Tapi tidak mengapa, kerana hari ni ana akan meluahkan segala isi hati ana, yang dah lama terpendam jauh di sudut hati ini! InsyaAllah =)
Saya rindu kawan-kawan saya, saya rindu Sahabat-sahabat saya, saya rindu mereka... Ya Allah sampaikanlah salamku pada mereka semua, beritahu mereka.. SAYA RINDU MEREKA!
Itulah hakikatnya..ana memang merindui semua, tak tau kenapa...padahal adalah jugak jumpa sekali dua, tapi tak sama dengan masa lalu, waktu kita semua bersama berjuang menuntut ilmu Allah. Teringat malam 2 haribulan Januari yang lalu, kerana kerinduan yang teramat sangat...ana sampai menitiskan airmata sewaktu sedang berbual bersama salah seorang sahabat ana di telefon. Buruk kan? tapi tulah..semuanya kerana... ANA RINDU KALIAN
Nadiah..ooo Nadiah... Anti tak sekolah ke? Kenapa anti tak masuk Pre-U? Bila anti nak start sekolah?
Buat semua yang tertanya-tanya, yang terdetik soalan tu dalam hati..ha, marilah kita dengar jawapannya.. Ana memang tidak akan masuk Pre-U sementara belum dapat results ni, atas alasan ana perlu memabantu ibu ana di rumah.. TETAPI selepas keputusan untuk peperiksaan O levels diumumkan nanti, ana tetap belum pasti sama ada ana akan meneruskan pengajian di pre-u atau tidak...jawapannya biarlah ana cari dahulu, ana serahkan pada Yang Maha Esa, kerna Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat ana di masa yang menanti...
Dah tu tak sekolah ni..buat ape jek? duduk rumah je eh Nadiah? Malas eh dia...!
taklah..mana ada ana duduk rumah..ana cuma berkerja hujung minggu jek...mengajar seorang pelajar darjah 2 dari Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah ( rindunya MWTI! ). Alhamdulillah, dah sebulan ana mengajar dia, dan ana baru jek dapat gaji, semalam...! taklah banyak...tapi sekurang-kurangnya adalah kan, daripada tiada apa-apa!
Waa..dah mengajar,amacam Nadiah? best ke mengajar?
Mengajar...? sebenarnya mengajar ni best, tapi sesungguhnya ia adalah satu pekerjaan yang menguji kesabaran dan keimanan. Sungguh! dah berapa kali dah kena..tapi apa nak buat, sabar jelah..kan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar, Sabar tu kan juga separuh dari keimanan..jadi sabar jelah!
Tulah..hidup ni penuh dengan liku-liku yang terpaksa kita tempuhi, terpulang pada kita, sama ada nak menempuhinya dengan keimanan dan kesabaran..ataupun tidak! hee.. =) tapi tulah... walaupun brape hari ni..ana adalah kena gangguan sikit, tapi alhamdulillah ana berjaya mengatasinya, berkat rahmah dan izinNya.
Tapi yang paling penting..ana RINDU sangat dengan teman-teman ana, dengan sahabat-sahabat ana. Ya Allah! Rindunya! Buat semua teman-teman, serta sahabat-sahabat ana, biar kita semua berjauhan di mata, tapi insyaAllah tetap dekat di hati kan? Ana tetap kan merindui kalian..tetap akan ingat kalian, biarpun nanti nama ana akan terpadam dari kamus hidup kalian... selagi nafas masih ada, insyaAllah ia akan terlaksana... :)
" Biar terpisah dek benua..biar beribu batu jauhnya, ku pohon dariMu Ya Rabbi..kekalkanlah ingatanku padaNya, selamanya...biar mungkin nanti namaku kan terpadam dari kamus hidup mereka, kerna sesungguhnya aku merindui mereka... " - DhiyaulHaq-
" Perjuangan ini sesungguhnya perit untuk diredah dan pahit untuk diredah. Seringkali menduga iman dan menuntut kesabaran. Namun teman, ikhlaslah...Redhalah walaupun diri selalu menderita dan terkorba kerana kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa manisnya perjuangan ini akan kita kecapai di dunia abadi nanti...Selamat berjuang " - Ukht Alimatunnisaa'-
Buat semua...semoga ukhuwwah yang dibina atas dasar keranaNya, akan berkekalan hingga ke hembusan nafas yang terakhir. Ingatlah ukhuwwah ini pasti akan menjadi indah jika ianya tidak lain keranaNya...
" Cinta...kalau bahasanya hati - itulah cinta hakiki, Kasih...jika dasarnya Rabbi - itulah kasih sejati. Cinta itu pasti teruji- kerna itu sudah tradisi janji..."
Tulus ikhlas...dari dasar hati, dari lubuk sanubari... -DhiyaulHaq- Sinar Kebenaran....
|