Wanita solehah idaman setiap lelaki soleh

Friday, April 13, 2007=) :) =)

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Pembuka bicara, penawar duka, penghibur lara...

Lama menghilang...namun syukur padaNya kerana hingga kini aku masih lagi bernafas, berpijak di bumiNya, dikurniakan kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang fana' ini....

Sejak kebelakangan ini...sejak diri ini menghitung hari, makin sensitif pula jiwa ni rasanya. Entah mengapa, tapi cepat sangat terasa hati, pada perkara-perkara yang kecil...hmm...

Masih terngiang-ngiang kata-kata sahabatku tadi, baginya sahabat ini...kalaupun kita sanggup berkorban kerananya, namun kita tak boleh mengharapkan yang dia akan berkorban sama sepertimana kita berkorban untuknya, dan bilamana kita menyangka dia tak memahami kita keseluruhannya, mungkin sebenarnya kita yang belum memahaminya sepenuhnya.

Sebetulnya..aku sedar diri ini kadang2 terlalu mengharap dari seorang sahabat, lebih-lebih lagi di saat-saat akhir ana di sini . "Ya Allah,ampunkanlah hambaMu andai ku leka dan lalai, seharusnya ku mengharap hanya padaMu..." Tapi entahlah...mungkin aku yang terlebih sensitif kot? apa-apa pun..rasanya,mulai hari ini..aku tidak lagi mahu memikirkan perkara-perkara yang tak sepatutnya difikirkan... DhiyaulHaq,janji dia tidak melupakanmu sebagai sahabatnya dah cukup molek dah kan? itu lebih baik dari dirimu dilenyapkan terus dari kamus hidupnya,kan? Berbaik sangkalah wahai DhiyaulHaq- moga Allah merahmati dan merdhai diri ini.... Amiin!

Memang kan..semua orang berubah~ dan tak mustahil juga ana akan berubah satu hari nanti..Ya Allah..andai aku berubah satu hari nanti, biarlah berubah ke arah yang lebih baik Ya Allah =)

Sebetulnya aku tak pernah membezakan teman dan sahabat..semuanya sama, cuma sahabat tu bagi aku lebih istimewa di hati aku- kerana dengan merekalah aku berkongsi rasa,pendapat,luahan hati- hmm...rinduuuuuu sangat dengan kalian =) Bila eh agaknya boleh jumpa lagi? Yang paling penting...sebelum diri ini melangkah pergi, kita mesti bertemu k? k? ;)

Ya Allah...aku memohon keampunan dariMu, andai selama ini aku sering menyakiti hati sahabat handaiku..ku memohon Maghfirah dariMu andai aku leka, andai aku melebihkan makhluk lain daripadaMu. Ya Rahmaan Ya Rahiim, sampaikan rinduku pada semua teman-teman dan sahabat-sahabatku...redhailah perjalanan jihadku dan perjalanan jihad mereka, rahmatilah diriku dan diri mereka, permudahkanlah urusanku serta urusan mereka sekaliannya =)

SAYA RINDU SEMUA !

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket






بنت هارون || 21:59




Kerinduan ini
biar aku pendamkan
Menjadi satu azimat
Kesepian ini
biar aku telan
Buat pemangkin semangat
'Pantang Mujahidah
menyerah kalah'
Akan ku pertahankan ia
hingga ke hujungnya