Wanita solehah idaman setiap lelaki soleh

Friday, June 08, 2007Perpisahan

" Usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan..."

Air mata ini
Tak henti henti berlinangan
Pada setiap bait kata
Pada setiap ucapan maaf
Allah...

Saat itu sudah pun tiba
Perjuangan yang bakal bermula
Allahu Rabbi
Berikanlah aku kekuatan
Menempuh segala ujian.cabaran
Bantulah aku Ya Rabbii
Dalam menyahut seruan
Menimba ilmu di rantauan

Tinggallah semua
Tinggallah segala...
Ayah, Ibu, Adik
Sahabat handai, Teman-teman
Saudara Seislam
Ya Allah...
Redhakanlah

Bismillah...
Ya Allah...macam tak rasa masa yang berlalu. Esok adalah harinya, tak tega, tak mampu menghadapi, tapi adakah lagi pilihan untuk aku berpatah balik? Aku sahut seruanMu Ya Rabbi, menimba ilmu di rantauan, buat bekalan di masa hadapan, jua buat tujuan menyampaikan pada insan...

Sedih sangat, tinggalkan semua, tapi aku tahu perpisahan ini sebenarnya keranaNya, kerana aku pergi menuntut ilmu, di jalan Allah InsyaAllah... Perpisahan ini sebenarnya adalah satu ujian- aku tahu- sama ada aku ni bersyukur tak dengan setiap pemberiaNya

Waktu jalan keluar dari Masjid Kampung Siglap tadi, terkenang segala memori. Di situlah bermulanya satu perjuangan, Menjaga Kalam Allah. Di situlah terbinanya ukhuwwah, dengan akhawat, di situlah bermulanya aku menimba pengalaman dalam alam pekerjaan- Masjid Kampung Siglap- dikau bak rumah kedua buatku :)

Masih terkenang...kata-kata Mudir: "Belajar rajin-rajin"... suara itu masih terngiang-ngiang di telingaku, jua kata-kata semangat dari guru-guru..akahwat sekalian...

Buat sekalian sahabat-sahabat,jua akhawat...terima kasih kerana tetap hadir melingkari hidupku. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku..terima kasih di atas segalanya... Doaku buat kalian-jua diri ini- moga redha,rahmah,maghfirah Allah ,sentiasa menemani kehidupan kita semua...Salam sayang, salam kerinduan...iklas dari hati,tulus dari sanubari...

"Kita sayang korang tau..take care ehk? Jaga diri hiasi peribadi..fii hifzillaah wa ma'a nasrihii..."



بنت هارون || 22:05




Kerinduan ini
biar aku pendamkan
Menjadi satu azimat
Kesepian ini
biar aku telan
Buat pemangkin semangat
'Pantang Mujahidah
menyerah kalah'
Akan ku pertahankan ia
hingga ke hujungnya