|
Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamua'alaikum semua! Subhaanallah, lama kan ana tak update? Hee...Rindunya pada semua, pada ibu, ayah and adik (walaupun minggu lepas baru je jumpa), pada alisya, pada sahabat handai, teman-teman, akhawat...ish, rinduuu sngt!!!
Hamdan lillah, ana di sini ok je. Mencabar sungguh belajar di sini, tapi seronok! Seronok sngt dapat belajar lughah kembali, Ada ustad ana tu kan, macam ustad waktu di Madrasah Wak Tanjong dulu..Hamdan lillah setakat ni semangat ana nk belajar masih berkobar-kobar! Walau kerja-kerja kursus dah perlahan-lahan bertandang, satu persatu, namun ana ambil ia sebagai salah satu wadah untuk ana belajar!
Kawan-kawan di sini,hamdan lillah ok, senior-senior pun ana banyak belajar dari mereka, cuma di sini ana belajar erti menghargai apa yang tidak ada di depan mata. Sering ana ingatkan kembali tujuan ana datang ke bumi KIPSAS ni untuk apa...selalu sangat sedih, bila ingat ibu, ayah dan adik. Rindu sangat pada akhawat semua... :(
Yang penting...ana sering tanamkan dalam jiwa, belajar dan terus belajar..kejar ilmu selama mana ana mampu, kerna tujuannya untuk masa depan, jua untuk disampaikan pada orang lain.. Dan bila sering keseorangan ni,ana rasa makin dekat padaNya, sering mengadu padaNya,kerana ana dh tiada siapa lagi, melainkanNya...benarlah apa yang orang slalu kata,keserorangan dan kesepian akan membuatkan insan belajar mendekati Yang Maha Esa!
Buat sahabat handai semua, jaga diri eh? Biar kita terpisah jauh beribu batu, namun tujuan kita tetap satu! Usah kalah pada tautan ukhuwwah yang membangkitkan mujahadah!
Khas untuk adik yang tersayang, tkmulah sedih-sedih...ingat tak apa akak selalu cakap? Akak tinggalkan adik semngat akak bersamamu, okie? See you in 5 1/2 weeks time insyaAllah...
" Buatmu sahabat...bukannya aku terasa hati sngt perkara itu tidak diberitahu padaku, lantaran saat kaki ini melangkah pergi, barulah kau memberitahuku. Namun ku keliru, mana pergi janjimu pada diri sendiri? Dan apa yang istimewanya sngt berada di dalam satu ikatan yang tidak halal di sisi Allah, apa penting sangat dia dalam hidupmu, sehingga kau perlu mengikut telunjuk dan kata-katanya, padahal syurgamu masih lagi di bawah telapak kaki ibu, dan bukannya di bawah telapak kakinya, melainkan dia sudah menjadi suamimu. Kenapa perlu ikut cakap dia, kenapa tak ikut cakap Allah dan Rasul? Mana letaknya Allah dalam hatimu? Jangan pernah mengatakan hanya dia yang tahu apa yang kau rasa,kerana hakikatnya dia tak tahu! Kerana yang tahu adalah Allah yang satu. Lupakah dirimu akan pepatah yang pernah aku lakarkan? "Biar tiada siapa yang memahamimu, namun yakinlah adanya zat yang mengenalimu!" Bangkitlah! Mana letaknya maruahmu? Takkan kau nk berbangga nanti menjadi bekas orang? Kalaupun nanti bukan dia yang jadi milikmu? Allah, bantulah dia...apa yang diperkatakan ini, adalah sebagai peringatan buat diri ini dan buat semua... Dan berpesan-pesanlah kepada kebaikan..."
Salam Sayang, Salam Rindu, Salam Ukhuwwah DhiyaulHaq 22:30 Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
|