Wanita solehah idaman setiap lelaki soleh

Sunday, July 01, 2007Luahan Rasa, dari seorang penuntut ilmu...

Perjuangan yang baru bermula
Serasa tidak larat lagi kaki ini melangkah
Pada pencarian ilmu-semangat yang menyala
Pada hakikat mujahadah
mencari redha,cintaNya-Tuhan Yang Satu


Seringkali terasa inginku menyerah kalah
Namun ku bangkit jua tidak sekali ku rebah
Pada satu tanggungjawab yang tergalas
Pada satu harapan yang terucap
Pada satu amanah yang diberi


Biar di sini sering keseorangan
Seringkali,memndam perasaan
Namun hati ini penuh keyakinan!
Bahawa Dia ada di sisi,menemani
Dialah yang mendengar apa yang tersirat di hati
Dialah kekasi Yang Abadi


Kerinduan ini, biar ku pendam menjadi satu azimat
Kesepian ini biar ku telan buat pemangkin semangat
"Pantang Mujahid menyerah kalah!"
Akan ku genggam semangat ini hingga rebah


Kerana aku pasti semua ini ada hikmah yang tersirat
Pengalaman berharga buat diri ini, yang tersirat
Akan ku telan segalanya
kerana aku yakin, ia hanya seketika cuma
Kerana aku tahu, Dia di sisiku selamanya..


DhiyaulHaq
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
28.06.2007
08:30



بنت هارون || 19:48




Kerinduan ini
biar aku pendamkan
Menjadi satu azimat
Kesepian ini
biar aku telan
Buat pemangkin semangat
'Pantang Mujahidah
menyerah kalah'
Akan ku pertahankan ia
hingga ke hujungnya