|
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمان الرحيم
Syukur dipanjatkan pada Yang Maha Esa, hari ini, malam ini, aku masih lagi bernafas seperti biasa, mampu lagi berdiri, tersenyum...biar sebenarnya perjuangan ini terasa pahit, dan terlalu perit untuk dilalui.
Semalam, 09.07.2007- sebulan genap aku melangkah pergi, demi satu perjuangan yang pasti. Masih ku ingat di kala pagi itu, saat teman dan sahabat mengiringi pemergianku, masih terasa setiap pelukan yang hangat, yang padanya terselit satu ketidak relaan untuk berpisah, pun begitu, hati tetap meredhai, demi satu perjuangan, kerana Allah- itu yang pasti.
Masih ku ingat, kata-kata azimat yang mengiringi. Masih ku kenang, titisan air mata yang jatuh berlinangan. Ya Rabbi, jadikan kerinduan ini, hanya untukMu, hanya keranMu. Serasa tidak larat aku menanggung rindu, serasa telah kering air mataku...
Masih teringat, saat betapa gembiranya, seorang sahabat dan seorang teman, memberitahu aku, bahawa mereka sedang berada di dalam satu hubungan yang tidak halal. Busyra bagi mereka, tapi bagiku-bahan bencana. Hari itu, aku belajar sesuatu, biar apa sekali pun yang terjadi, jangan sekali-kali kau ketepikan sahabat, kerana lelaki yang kau sayang itu, tak semestinya akan menemani kehidupanmu nanti, tapi sahabat, jika kau siram hubungan lillah ini dengan kejujuran dan kasih sayang, serta keikhlasan, tak mustahil ia akan berkekalan hingga ke helaan nafas terakhir
Hari itu, aku kenal siapa sahabat sejati, siapa yang hanya berpura mengatakan akulah sahabatnya dunia akhirat. Baru ku kenal betapa rapuhnya satu persahabatan, dan baru aku kenal erti sebenar ukhuwwah. Yang di depan mata, dirindui, tapi sahabat di sini, bagai tak pernah wujud di dunia ini, adakah secebis kerinduan buat aku di sini?
Buat semua..jaga persahabatn, jagalah ukhuwwah- kerana di situ terselit keredhaan. Usah jadi hamba pada nafsu yang menguasai. Sahabat itu adalah yang ada di sisi saat kita susah dan saat kita ketawa gembira... Telah puas aku menyesali. perangaimu yang bagai tak kenal hukum, telah puas aku tangisi pada rapuhnya nilai persahabatnmu, telah puas aku telan sendiri- saat mana kau berkelakuan seperti tiada apa salah yang berlaku- sesak nafas ini, Allahu Rabbi...
Semalam, sahabat tersayang, Nurulhuda Sulaiman, ada menghantar padaku kata-kata ini...di akhir e-mail yang diberikan...
diiringi doa dan ketulusan aku pergi meninggalkanmu dihatiku terletaknya rindu dan sayangmu terungkap namamu dalam doaku Ya Rabb, jagalah temanku di rantauan Kukuhkan imannya, bantulah dia jikalau kau sedih ngadu padaNya kerana sedihmu akan sampai kpd ku jikalau kau gembira kau sujud padanya kerana aku bisa merasakan nikmatnya...
Terharu-hingga menitis air mata syahdu, saat kata-kata ini menyapa pandanganku. Kata-kata di atas, ku utuskan kembali...buatmu huda, jua buat sahabat-sahabat yang lain, sahabat yang benar-benar sahabat, yang walau jauh di mata, tapi tetap dekat di hati... (minta maaf ye huda..) hehe...
Akhir kalam...ku doakan kalian,serta diriku sendiri,agar kita semua sentiasa berada di atas landasan Islam, sentiasa berjuang dan berusaha mengikuti segala apa yang diperintahkanNya, dan sentiasa cuba menjauhi laranganNya...sahabat, biar kita terpsah jauh beribu batu-yakinlah! ukhuwwah ini tetap tersimpul mati, kasih sayang diikat sejati, keranna matlamat kita seiring- ayuh kita teruskan mujahadah, membina Islam, mengembalikan kegemilangannya!!!
Ilahi....Dakwah ini keranaMu!!! الله أكبر
ضياء الحق الكلية بهانج الإسلامية السلطان أحمد شاه
|