Wanita solehah idaman setiap lelaki soleh

Saturday, October 13, 2007Setelah lama menyepi...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

**********************************************************************************
11.10.2007
14:45

Dialling:9011****
"Ayah..akak dah sampai kastam singapore ni, dah lepas dah pun"

"Ok..ayah on the way, jumpa nanti pat lavender eh"

"ok"

Saat itu,hanya Allah yang tahu, betapa bahagianya hati, betapa bersyukurnya diri ini atas kurniaan nikmatNya, kerana aku akhirnya selamat menjejakkan kaki kembali di tanah air yang tercinta!

**************************************************************



Assalamualaikum semua...
Hamdan lillah..bersyukur padaNya atas segala nikmat kurniaanNya...kembali diri ini meluangkan masa, membiarkan jari jemari ini menari-nari dia atas papan kekunci
(ish-mentang2 blajar komputer dlm bm..keyboard pun dalam bahasa melayu seh :P ) ini, setelah lebih sebulan menyepi..Harapanku, moga sekalian sahabat tersayang serta teman-teman berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dan kita semua masih berada di bawah lembayung rahmatNya InsyaAllah!

Alhamdulillah, setelah 4 bulan berlalu, hari ini aku mampu menarik nafas lega diselangi kesyukuran, kerana aku telah berjaya melepasi semester 1 pengajianku di Kipsas. Selasa lepas ni pun aku baru saja tamat menduduki peperiksaan akhir sem 1, hamdan lillah...dan kini aku kembali ke sini, meniti hari, merehatkan minda, sebelum semester 2 bermula pada pertengahan November nanti..

Cepatnya masa berlalu...
Tanpa disedari..Ramadhan telah berlalu, begitu pantas masa meninggalkan kita, aku sendiri bagai tak percaya, bahawa aku berjaya meniti hari-hari Ramadhan keseorangan di rantauan..dalam keadaan menuntut ilmu. Terima kasihh Ya Allah kerana meminjamkan aku kekuatan! Kalau diikutkan hati, sesiapa pun tidak akan mampu bertahan, jauh dari keluarga, pertama kali Ramadhan ini (tetiba teringat pula akhawat di Bumi Dimasyq..Rindunya pada mereka..terutama Hafizah...Ya Rahmaan sampaikan kerinduanku buat mereka!) Namun ialah, segalanya telah pun berlalu..Ramadhan kali ini, mungkin berbeza dari ramadhan yang lalu, Ramadhan kali ini, mengajar aku untuk menjadi lebih kuat, lebih tabah...Ramadhan dah berlalu, namun rasanya tidak puas rasanya, rasa seolah-olah aku tidak menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya..Ya Allah, temukan kami semua dengan RamadhanMu yang akan datang...Temukanlah kami Ya Rahmaan...Ramadhan meninggalkan seribu kenangan, di hati kami kan bertapak kerinduan...Syawal yang datang, usah terlalu bergembira, kerna kita tak tahu Ramadhan yang mendatang, mampukah kita merasai lagi kenikmatannya?

Ramadhan yang baru berlalu, aku diulit kerinduan..masih teringat lagi 2 Ramadhan yang lalu, aku bersama teman-teman sedang berusaha berjuang, menempuh peperiksaan besar yang kala itu merupakan agenda terpenting dalam kehidupan kami. Indah sangat saat itu...ingat tak korang, betapa kita bersusah payah..betapa kita menempuh kala itu dengan penuh tabah..korang ingat tak? Kenangan itu tak pernah padam, malah terbayang jelas di memoriku, kala kerinudan meruntun kalbu..betapa aku rindukan saat itu...Andainya boleh diualang waktu itu...

Sudahlah tu wahai hati, masa tetap akan berlalu, dan kita tetap akan terus maju ke hadapan. Yakinlah duhai hati...biar di lain benua, matlamat kita semua tetap sama, menuntut ilmu Allah sebanyak mungkin, semata-mata nanti untuk kemaslahatan agama tercinta,demi berjuang nanti untukNya...buat semua teman-teman, berpegang pada ikrar kita bersama, eh? Jangan pernah sekali cuba menodainya...Rindu korang!

Bila saya rindu...
Saya selalu berdoa pada Allah
Moga Dia utuskan kerinduan itu
Pada semua sahabat handai dan rakan taulanku
Kelakar kan?
Tapi itu yang saya selalu buat
Sebab saya yakin Allah akan sampaikan juga kerinudan itu pada korang..
Korang rasa tak, azimat kerinduan itu?


Yang sentiasa merindui
DhiyaulHaq
Singapura
1 Syawal 1428H
16:15










بنت هارون || 15:38




Kerinduan ini
biar aku pendamkan
Menjadi satu azimat
Kesepian ini
biar aku telan
Buat pemangkin semangat
'Pantang Mujahidah
menyerah kalah'
Akan ku pertahankan ia
hingga ke hujungnya