|
  
Wanita solehah idaman setiap lelaki soleh
Monday, March 31, 2008Lama menyepi...
Khas buat sayangku Nurfarahin binte Mohd.Amin :) Kerinduan yang selama mana terpendam
Akhirnya telah terlerai jua
Sejuta syukur ku panjatkan padaMu
Atas segala nikmat kurnia!
Salamullahi 'alaikum warahmatuhu wabarakatuh =^-^=
Lama sangat ehk menyepi? Subhanallah...begitu cepat masa berlalu, lamaaaa sangat-sangat tak mencoretkan rasa meluahkan kata di sini, buat teman-teman tersayang yang selalu bertanya, ini daku coretkan sedikit kata buat kamu kamu semua yang sangat sangat disayangi!
Semester II- SELESAI
Alhamdulillah, bertarikh 21.03.2008, secara rasminya selesai sudah semesterII bagi tahun 2007/2008. tinggal lagi 5 semester jek lagi, ya Rabbi, cepatkan masa berlalu? bulan 3 ni kirakan dah 9 bulan ana bergelar penuntut ilmu di bumi Malaysia. lagi 3 bulan jek, genap setahun. Cepat,teramat cepat masa berlalu meninggalkan kita. Kirakan sekarang ni, ana sedang berCUTI!!! setelah lebih kurang 4 bulan tak cuti panjang, akhirnya dapat jugalah cuti kali ni! Mudah-mudahan diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat insyaAllah :)
Terima Kasih Ya Allah!
Dia dah kembali, tak sabarnya nak jumpa dia, setelah hampir 9 bulan tak bertemu, tak bertegur sapa, akhirnya masa itu akan tiba juga. Kerinduan yang selama ini disimpan rapi, yang sering tidak dilayan untuk mengelakkan rasa sesak menghuni hati, akan terlerai jua, hanya sedikit waktu lagi. Ya Allah, leraikanlah kekusutan antara kami, simpulkanlah hati-hati kami seperti dulu, tunaskanlah ukhuwah kami dengan redhaMu, cambahkanlah persahabatan kami dengan kasihMu, limpahkanlah ikatan antara kami dengan sayangMu..
Penantian itu sememangnya satu penyeksaan, tapi yakinlah~ di sebalik setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Janji Allah- siapa yang bertaqwa padaNya, pasti diberiNya jalan keluar yang tidak disangka. Terima Kasih Ya Allah!!!
Satu Kejutan Luar Biasa!!! Haa...ni yang nak cerita apa yang telah terjadi pada hari ini. Semalam seorang teman lama mengajak ana turun ke sekolah, untuk membantu adik-adik junior dalam munazarah mereka. Bila belek-belek jadual semalam (chey,gaya sibuk sangatlah tu cuti ni :P), kata putus diambil, ana akan hadirkan diri di sekolah tercinta pada hari Selasa. Tapi setelah berfikir lama (lama sangatlah tu :P) ana mengambil keputusan untuk singgah ke sekolah pada tengahari tadi.
Setelah menunaikan solat Zuhur di Masjid Wak Tanjong, dengan tergesa-gesanya ana berjalan menuju ke sekolah, bagai tak cukup waktu dan tak cukup tanah rasanya waktu tu. Rindu dah tak boleh nk kata, mungkin kalau rindu tu boleh berbicara dan berjalan, ia akan menjerit sekuat-kuatnya dan berlari pantas menghadirkan dirinya di sisi teman-temanku dahulu. Sampai sekolah je, jumpa asatizah, adik-adik,tak lupa Murni (teman dari al-Irsyad yang kini menuntut di MWTI- merangkap teman MSP dulu ^_^). Tidak ketinggalan Ustazah Hamiyah, Ustad Halim dan Mudir tersayang. Waktu jumpa Ustazah Hamiyah ni la..ditarik masuk idarah untuk ambil kad maulid, dengan penuh kerendahan hati amanah diterima, atas niat nak tolong madrasah yang pernah menjadi medan menuntut ilmu suatu ketika dahulu!
ok2...crite dah nak habis...waktu Cik Nora (staff idarah) sedang mengambil maklumat peribadi ana, kedengaranlah loceng ditekan dari luar (Pintu-pintu idarah ni semua auto-locked, kena tekan loceng dulu, baru boleh masuk).Betul-betul waktu cik Nora nak serahkan kad tu pada ana, pintu pun dibuka, dan... ANA NAMPAK KAWAN-KAWAN ANA RAMAI-RAMAI BERKUMPUL DI HADAPAN PINTU IDARAH, SEDANG MELAMBAI-LAMBAI DAN BERTERIAK- NADIAH!!! ouh..ana sungguh-sungguh terkejut, di hadapan pintu idarah juga ana dipeluk oleh semua, terlerai juga rindu di dalam dada, fazilah hingga menitiskan air mata. Memang haru, dan ana amat-amat terharu melihat semua, dan menerima kejutan sebegini.
Buat semua-Amirah,Imah Z,Jamilah,Fazilah,Raihanah,Farahin,Fathin,Zarifah,Marizzah, Atiqah,Nurul (ada sape lagi x yg tidak sebut- minta maaf ye kalau tertinggal nama), SYUKRAN JAZILAN! ana sayaaaaaaaaaaaaangg sangat pada antunna, ana gembira sangat dapat bertemu antunnna, ana bahagia sangat dapat meleraikan rindu pada antunna, kampung pacitan 4.2- takkan dapat dilupakan, walau jarak memisahkan, walau waktu membataskan! :)
p/s: sayangku Nurulhuda...terima kasih atas luahan katamu di Multiply, saya amat-amat terharu...menanti saat bertemu denganmu! :)
Ya Allah Bila mana hati-hati kami diselubungi rindu Redakanlah ia Ya Rahman Usah biarkan rindu antara kami melebihi rindu padaMu Illahi
Ya Rabbi Kasih sayang yang terpatri Redhakanlah ia Naungilah ia kembali dengan Kasih SayangMu yang tidak terperi
Biar jauh mana pun Selagi adanya udara di bumi Selagi darah mengalir dalam diri Selagi itulah Persahabatan ini akan tetap kukuh berdiri
Sesungguhnya aku Sayang Kasih Rindu Pada semua Yang menyayangi mengasihi merindui hamba Allah yang hina ini
|
بنت هارون || 20:17
|
|
Kerinduan ini
biar aku pendamkan
Menjadi satu azimat
Kesepian ini
biar aku telan
Buat pemangkin semangat
'Pantang Mujahidah
menyerah kalah'
Akan ku pertahankan ia
hingga ke hujungnya
| | |